PENGALAMAN RENEW & BUAT PASSPORT DI PEJABAT PASSPORT KLIA

1 February 2023.

Cerita cuti Hari Wilayah Persekutuan haritu. Memandangkan duduk di Selangor tapi kerja KL, maka kita sorang-sorang je la yang bercuti dalam rumah tu. Orang lain semua kerja. Ingat nya nak hantar anak-anak pergi rumah pengasuh macam biasa lepastu nak pergi memanjakan diri. Potong rambut ke, facial ke etc.

Sekali pagi tu mama cakap alang-alang cuti ni cuba bawa anak-anak pergi buat passport. Kalau tak nanti dah kena ambil cuti satu hari lain pula. Ye tak ye jugak kan. Setelah percubaan buat passport Affan & Hafiyya tak berjaya time balik kampung di Kota Bharu haritu. Kita ni ingatkan tak ramai, silapp ye hahaha. Terus siapkan budak-budak and sambil tu dok berfikir nak pergi mana. Imigresen Kajang memang cancel awal-awal la sebab ramai ya ampun. Plan nya nak ke UTC Senawang, lepas tu terfikir yang Pejabat Passport KLIA baru je dibuka pada 29 Januari yang lepas. Tak ramai sangat la kot kannn hihi.

Bergerak dari rumah jam 8 macam tu and sampai di Pejabat Passport KLIA 8.45 pagi. Tengok wow ramai nya orang kat luar beratur. Rupa-rupanya ruang dalam pejabat tu kecik je, so mereka sediakan kerusi untuk tunggu kat luar. Parking pun senang boleh tinjau-tinjau je dari kereta. Turun kereta bawak dokumen terus masuk untuk ambil nombor. Bagi dokumen anak-anak lepastu pegawai tu tanya anak-anak je ke? Kita ni pun cuba nasib la tanya, untuk renew boleh ke sebab saya dah cuba nak renew online tapi takde dalam list.

Kat sini memang untuk Walk-In sahaja puan. Oh ye keeee. Hahaha. Nasib baik la sis memang standby bawa passport lama untuk renew. Maka buat la sekali untuk 3 orang. Dokumen dah lengkap tapi gambar Affan pulak takde. Untuk bayi/kanak-kanak yang tak boleh duduk diam kena pergi ambil gambar passport di kedai dulu ye, bawa 2 keping (tapi haritu imegresen pakai sekeping je). Ha sudah mana pulak nak cari kedai gambar pagi-pagi ni. Dapat nombor 1105 and currently 1030. Nampak macam cepat je kan, sempat ke? Pegawai tu kata sempat puan boleh pergi ambil gambar dulu. Yang terdekat di Salak Tinggi/Kota Warisan.

Mujur Affan tidur so kita terusla bergerak cari kedai gambar. Google la mana yang berdekatan. Menggagau jugak la sebab takut terlepas nombor giliran. Last-last ke Salak Tinggi jugak, siap tunggu depan kedai k sebab kedai nya bukak pukul 10. Lepas je ambil gambar terus pecut ke pejabat passport semula. Sampai-sampai nombor giliran baru 1074. Lerr lambertttt lagi hahahaha. Tak lama dari tu ada food truck buka, so pergi la beli makanan buat alas perut. Nasib baik la anak-anakku behave sangat. Adik tidur jela, kakak pun takde la nak mengamuk ke apa. Kitorang memang tunggu dalam kereta jela sebab malas nak masuk awal sangat, at least dalam kereta sejuk dan selesa duduk dalam car seat. Cuma nya kita la kena keluar kejap-kejap tengok nombor giliran.

Dah sampai no giliran 1100 baru la kami tunggu kat dalam pejabat tu. Tu pun lama juga nak tunggu tau. Memang tengok ramai yang dah dekat-dekat no giliran baru diorang sampai. Kiranya bolehla kalau korang nak datang pagi-pagi ambil no giliran pastu pergi breakfast dulu. Dalam pukul 12 dipanggil no kami. Pegawai tu tanya puan sorang ke? Aah. Dia pun panggil kawan dia untuk tolong pegang Affan sambil setelkan ambil gambar Hafiyya & me. Very helpful tau haha. Dah setel ambil gambar tunggu untuk buat bayaran pulak. Card Debit / Credit je tau. No cash.

Kalau ikutkan tak lama nak siap tapi time tu lagi 5 minit nak pukul 1. Pegawai minta ambil passport yang dah siap pukul 2. Okay jela. Diorang pun nak bergilir untuk lunch kot. 2 Lebih aku datang ambil, dah siap. Tinggal nak cop jari je and ambil. Boleh balikk.Alhamdulillah siap pun passport kami anak beranak. Dah boleh pergi jalan dah haha.

Just to recap, dokumen yang diperlukan untuk permohonan baru anak-anak adalah Sijil lahir & salinan, IC mak/penjaga yang bawa haritu & salinan dan gambar berlatar belakang putih untuk bayi & kanak-kanak bawah 3 tahun. Ni untuk kat sini la ye, tempat lain sis taktau macam mana. Untuk renew pula bawa je ic & passport lama,,dan ibu jari haha.

So far I rasa sini efisyen jugak la service walaupun ada 4 kaunter je, so expect longer waiting time. Tapi dapat feedback dari kawan-kawan lain no giliran 30 pun ambil masa 5/6 jam, so sini better lah kot? Bring foods if bawak kids sebab jauh nak berulang kalau nak g makan ke apa, mitsui/klia jela yang dekat. Bawa semua dokumen and wear dark / black attire untuk ambil gambar.

Satu lagi jangan lambat tau, datang pukul 11 pagi tu usually dah habis nombor. Better datang awal amik no then baru pergi ambil anak-anak. Kalau rumah korang nearby la. Satu lagi time pick up passport pun anak-anak kena ada sekali untuk cop jari.

Tu je kot, harap membantu siapa yang nak buat atau renew passport di Pejabat Passport KLIA ni. Parking standard fee la sebab pejabat ni terletak dalam Long Term Car Park. Harap membantuuu

Life update 2023

Assalamualaikum fuhhh *tiup habuk dan sawang**

Sejak adanya Instagram Reels/Tiktok it is easier to update my experience and journey there. But, blogging is always my passion and first love. Cuma nya life happens, too busy building my little family and career.

Anyway, quick life update, Hafiyya pun dah 4 tahun this year, dah jadi kakak pun. I gave birth to beautiful baby boy last year on September 16th, Muhammad Affan bin Muhammad Hazim hehe. Now, we are a family of four.

Career wise, still working at JKR, I’m a Young Living Brand Partner and a Thermomix Advisor. MAcam mana la tak busy kan, banyak sangat benda nya hahah

Seronok bila dapat menulis semula, because I can write as long as I want without any limitation and always can refer back.

Nak menulis balik, tapi tak ter catch up la the past 2 years. My last entry was on 2022!. Kalau nak menulis balik pun kita catch up yang tahun ni jelah ye. Baru bulan 2 sempat lagi ni haha

Cameron Highland darul Jam

(26 July 2020)

Wow berapa bulan tak berupdate ni. Basi sungguh dah cerita nya sampai kena scroll balik gallery nak imbas kembali (?) cerita haritu. Hahah. Sambung entry haritu, kitorang gerak ke Cameron dari Ipoh lebih kurang pukul 9 pagi. So sebab dah dari Ipoh ikut Simpang Pulai la kan, hotel dah booked di Copthorne Hotel. Not a very wise decision sebab after PKP, Jem di Cameron Highland tersangat lah dahsyat walaupun hari Ahad.

Ingatkan dari Brinchang ke Tanah Rata tak jem, tapi jem juga ye walaupun tak seteruk dari bawah nak ke Kea Farm. Initially plan nak bawak Hafiyya ke Mardi tapi MARDI still tutup dan tak beroperasi selepas PKP. Nak naik redah jem ke atas idoklaa pastu nampak signboard Rainbow Fun Land. Ha bolehla bawak Hafiyya pergi tengok Animals.

Rainbow Fun Land ni kecik je and ada few petting animals. Bayaran masuk RM5 untuk dewasa and RM3 untuk kanak-kanak. Kids below 3 years Free je. Tempat ni jugak cantik untuk bergambar. Ada burung, turtle, kambing, rabbit so sangat sesuai untuk budak-budak.

Then konon nya nak pergi makan scone dekat KHM Kg Sedia. Siapa yang pernah pergi tahu la macam mana kecik jalan kat situ kan. Dapat pulak orang park kereta dekat bahu jalan dah sampai kereta stuck sebab berselisih. Sampai dah macam nak bergaduh driver-driver kat situ sebab memang tak boleh nak bergerak unless ada yang undur dan mengalah. Kitorang pun dah kena pusing memang tak la nak cuba nasib kat situ lagi. Cari tempat lain lah nak pergi. Pusing Abang Strawberry pun sama jugak sesaknya tuhan je yang tau. Musim covid belum reda ni memang try our best to avoid crowded places.

Tetiba terfikir why not kita try makan scone dekat Le Old Smokehouse sebab kat situ pun ada Tea Time Set jugak. Dari dulu lagi nak cuba tapi takut mahal, lepas google harga okay la boleh try since affordable jugak la the price and the ambience that they offer. Kitorang order Scone, tea and fries buat alas perut sebelum nak balik hotel. Time ni waze dari Smoke House ke Copthorne 2 jam setengah. Can u imagine?? It’s just 4.5 km je kot.

The scone is much better than Kg Sedia. Satu set datang dengan 2 scones and 1 choice of Tea. Teh dia pun seteko so minum la sampai puas. Dahlah cantik k dalam tu. Nasib baik hotel dah book kalau tak boleh jugak try menginap situ 1 malam dari memikirkan nak redah jem ke atas tu huhu. Badan dah penat duduk dalam kereta kan. Dah habis makan kitorang bergambar dalam kawasan smoke house tu dulu, if not tak berpeluang la as they only open for customers only (hotel or cafe).

Otw back to hotel, kitorang singgah beli Nasi Ayam bakar yang sedapp gila (taktau la kalau lapar ke) sebab konon taknak turun dah. Time ni bukak waze dalam sejam setengah, okayla dah reduced by 1 hour huhu. Hujan pun dah start turun, dalam pada jam boleh pulak hazim terlanggar bontot kereta depan dekat area Iris Hotel. Memang penat gila time ni dah Asar and car moving really slowly. Dah nak jadi cerita nak accident kan. Hafiyya pulak dah terberak and cranky mungkin sebab tak selesa dah berak, lepas tu dah petang tak mandi seharian, penat duduk dalam kereta. Memang menduga sungguh.

Happy dah mandi

Sampai Copthorne terus pergi check-in dan lambat gila process nak check-in. Nak kata ramai tak jugak. Barang kena unload dekat lobby sebab tak boleh direct access lif from parking (to makesure only 1 entry je). Banyak sungguh dugaan ye. Sampai je bilik terus bukak baju and mandikan Hafiyya. Menyanyi2 dia lepas tu mungkin baru rasa selesa. Huhu sian my baby girl. Hujan pun makin renyai. Hafiyya & Hazim pun tertido sampai pukul 8. Lepas tu baru kitorang turun cari makan dekat Tanah Rata. 10 minits only from Brincang to Tanah rata bila tak jem. Sabar jelaa

The next day memang nak relax-relax je dekat hotel. Breakfast and then bersiap untuk meneruskan perjalanan balik ke Kelantan ikut Lojing-Gua Musang. Sempat beli sayur and teh buat buah tangan orang kat kampung. My advice for those yang nak pergi jalan ke Cameron Highland musim PKPP sekarang ni, please plan your journey wisely. I think yang paling sesuai adalah turun dari Simpang Pulai, jalan sekitar Brinchang and cari hotel di area Tanah Rata. Then the next day baru jalan di Tanah Rata dan balik melalui Tapah (for those yang stay di KL/Selatan) sebab jem menurun is much-much better dari jem nak naikke atas. Plan your journey ya especially yang ada anak kecik.

Kitorang rasa makan tahun la nak repeat Cameron kalau macam ni la gayanya hahaa. Selagi border tak bukak, memang Cameron top choice la orang nak melancong. Nak feeling2 sejuk.

Raya Haji 2020 – Satu malam di Ipoh

(25 Julai 2020)

Tahun ni turn Raya Haji adalah di Kelantan. So kita semua tau dah trend jammed kalau balik raya haji ni macam mana kan, so untuk mengelakkan stress dan pergaduhan kitorang apply la cuti panjang sikit, so boleh balik awal dari orang lain hehe. Itu pun dah hampir-hampir ada drama air mata bila Hazim kata boss dia tak bagi cuti. Disebabkan dah lama sangat tak jalan since PKP haritu, kita pun ambil la kesempatan untuk jalan-jalan sekali. Last January balik Kelantan, kitorang pusing Pantai Timur, so this time kitorang pusing Utara la pulak.

Route perjalanan adalah Bangi-Ipoh-Cameron Highland-Kota Bharu-Genting Highland-Bangi. Ha gitew kauu.

Hari Jumaat balik kerja terus siap-siap kemas barang kain baju semua. Pagi Sabtu pulak prepare makanan Hafiyya untuk bawak Holiday. Aku masak untuk 3 hari punya makanan since takde tempat nak masak sampai balik rumah mak nanti. Berpeluh jugak la kotiak den menyiapkan semua nya sebelum bergerak.Takpe ponat yang penting dapat jalan wehuu. Serious tak sabar rasanya.

Perjalanan pun bermula dengan lafaz Bismillah. First stop adalah rumah abg ipar aku dekat Ipoh. Saja la nak singgah rumah dia so dah tak jauh sangat nak naik Cameron on Sunday. Purposely plan nak naik Cameron hari Ahad dengan harapan tak ramai orang,,tapi hmm tunggu la kita cerita dalam post Cameron nanti.

Plan nya nak lunch/tea time dekat Greentown Dimsum. Dah terasa di tekak ku ini. Sekali sampai je depan kedai line beratur and waiting list nya MasyaAllah terlalu panjang. Musim-musim Covid ni tidakla aku gigih sangat nak tunggu dengan ramai-ramai orang. Apa-apa pun Hafiyya is our first priorities, tak dapat nak follow plan takpela janji she is safe kan. So, kitorang pun makan la Nasi Vanggey, dekat area Greentown tu jugak. Kenyang burp Alhamdulillah.

Beli buah sikit sebagai buah tangan, sampai je rumah Abg ipar aku, Kak Ada (kakak ipar) jemput jom kita makan. Kak Ada dah masak sup tulang favourite Hazim ni. Terkejut perut sis dengar hahaha baru 20 minit tolak pinggan Nasi Vanggey. Takpela, tuan rumah meraikan tetamu kita makan jela kan. Dalam pada kenyang tu aku tengok berselera jugak cik abang ku makan.

Malam tu ingat nak makan sekali ramai-ramai tapi Abe ada plan pulak, kawan dia datang dari Bangi. So, kitorang just keluar je la cari dinner. Macam biasa harus la nak tuju tempat viral sekarang, Miker Cafe dekat area Ipoh Old Town tu. Huhuhu takde kedai yang tak ramai. Beratur panjang Miker Cafe, Miker Pizza. Search punya search, last-last kitorang makan dekat Thumb’s Cafe. Situ walaupun ramai tapi tak beratur and kawasan pun luas. Kalau pergi terus dari rumah tu, awal lagi dah siap makan hahaha.

Food kat Thumb’s Cafe sedap jugak and price pun reasonable. Hafiyya dari dah tertido, jaga and tertidur balik dalam kereta otw balik rumah. Sampai la esok pagi nya tertido. Hihi sian dia penat jalan jauh. Takpe cuti-cuti ni mama kasi Fiya langgar jadual sikit. Siang dah puas main dengan kawan. Lagipun esok dah nak bertolak ke Cameron pulak..