Pantai Acheh, Klang

(28 April 2018)

Tahun ni memang merupakan tahun yang tidak berbuat apa-apa. Camping pun xde, hiking takyah cakap la kan. So, untuk memenuhi jiwa hikers yang nak camping, tak dapat camping dalam hutan, camping tepi laut pun jadi lah. Kahkah

Dok merancang beberapa orang, adalah 6 orang je yang muncul. Jadi lah untuk camping bbnu. Sebab apa kata camping bbnu, mentang-mentang lah tapak camp dekat dengan kereta, siap bawak bantal, esbok letak air yogurt bliss, susu bahahah. Kelakar gila wey. Cuba kalau masuk camping dalam hutan bawak semua tu, senget jugak la bahu nya.

IMG_4039

Kitorang camping kat Pulau Acheh, Klang. Mula-mula puas lah fikir kat mana lah duduk nya Pulau Acheh ni sebab tak pernah dengar pun nama dia. Rupa-rupanya kawasan dekat dengan Pelabuhan Klang tu. Sejam la dari rumah ikut SKVE. Yang buat lama tu sebab jalan kampung and jalan off-road pun dah dekat setengah jam nak menyampai ke pintu masuk.

IMG_4046IMG_4044

Kitorang camping dekat Anglers Resort, Pulau Indah. Sini memang port orang memancing. Tempat terjaga sangat bersih, kemudahan pun cukup ada surau dan toilet. Kalau nak duduk dalam chalet pun ada jugak boleh sewa. Satu tapak khemah RM15 termasuk charge untuk 3 orang. Kalau lebih pada tu dikira per person RM3. Okay sangat lah kan dengan kemudahan yang lengkap. Sampai dah setting ground letak barang start la pasang hammock and start nyalakan bara api untuk bbq.

IMG_4062

Kalau malam pun jangan la risau, sebab memang ada lampu diorang pasang dekat camp site tu so tak perlu bawak head lamp bagai. Kebetulan kitorang pergi bulan pun terang sangat. Malam tu bbq and makan nasi lauk sardin. Pergh mantop la sedap dia. Lepas makan terus landing dalam hammock. Dah sedap kenyang kan. Lagipun bukan ada activity apa pun nak buat. Kita tdoq jela.

IMG_4074

Ingatkan bolehla tido dengan lena dan tenang ditemani terang bulan dan angin laut sepoi bahasa. Sekali banyak gila nyamuk. Banyak yang memang tak boleh tido. Tutup kaki dia kerumun muka. Berbintat-bintat muka gue. Dengan hammock penuh dengan darah dok tepuk nyamuk. Konon nya banyak nyamuk pasang la ubat nyamuk betul-betul bawah hammock. Tak jalan der. Bakar api pun x jalan. Lu memang kental muk (nyamuk).  Last-last tido dalam khemah walaupun panas.

IMG_4068

Walaupun nyamuk menganggu ketenteraman, still best la buat lepak-lepak tempat ni. Nyaman je. Sambil-sambil yang lelaki gi memancing, kita membawang dan melepak jela. Hihi. Dah breakfast, tidur balik lagi wkakaka. Last-last dalam pukul 10 lebih baru gerak balik. Yang pasti, dapat camping and get together dengan geng-geng kita. To be repeated, but dengan extra precaution untuk nyamuk. Lols.

IMG_4072
The best part of the beach – Sunset

2 thoughts on “Pantai Acheh, Klang

  1. Tq for your story abt this pantai aceh.boleh lah i buat video berdasarkan ap yg awk tulis ni.ihiks.thanks yaaa

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s